Greetingz Strangerz
Ini drama aku. Yang sering dilakonkan di-pentas dunia. Semoga terhibur dengan drama bangsat ini.
Kita berdiskusi tentang cinta
Sampai sampai kau terlena
Wajah mu terpancar satu rasa
Rasa bahagia mewarna jiwa
Kau bisik pada-ku
Satu kalimah padu
Dingin membeku
Yang bakal bikin aku kaku
Ingat lagi saat kita bersama. Mata kita bertemu. Wujud satu rasa seolah tiada lagi gelap menyelubung diri. Yang ada hanya cahaya. Aku rindu. Tanpa jemu kita beraksara. Melafaz bait bait mempersona. Mencuri hati. Bikin riuh,hapus sunyi. Dimana kamu sayang? Aku mahu kembali saat itu. Saat dimana kita sering bergelak tawa. Bergurau senda. Tanpa sebarang dusta. Hanya jujur dalam bicara. Aku sangap kan kasih sayang-mu. Jiwa aku kini rapuh dimamah rindu. Kau tahu itu. Tapi kau hanya berlalu tanpa rasa pilu. Malah kau lakar senyuman sinis sambil memandang aku. Mana pergi janji setia yang kau lafaz itu? Pedih jiwa ini seolah dihiris pisau perlahan lahan menanti aku mati. Tikam aku dengan pisau jika benar kau mahu membunuh-ku. Bukan begini dengan menghiris segala percaya dan rasa tulus cinta kita. Bodoh-nya aku masih menanti. Akan hadir-mu disisi. Sang pelangi yang konon-nya menghapus sepi. Masa yang kita luang bersama. Hanyalah sampah bagi-mu tapi bernilai buat-ku. Biar aku simpan rapi memori ini. Menjadi ingatan akan celaka-mu. Dipayungi bintang-bintang terang. Jiwa aku mula melayang. Mengenang diri yang bangang. Diludah hina oleh yang tersayang. Selama ini aku hanya diam membisu. Membiarkan diri dihina padu. Kini tiada lagi aku yang dulu. Sudah ku buang jauh pakaian itu. Aku bukan penyanyi untuk kau puji. Bukan jua penari untuk kau maki. Aku adalah aku. Manusia biasa yang berpijak bumi nyata.
Untuk apa lagi kita berdiskusi?
Sedang aku tahu segala isi hati
Penuh dengan drama bersiri
Yang sudah bosan aku ratapi
Calit kan warna hitam pada kanvas putih. Penuh-kan ia tanpa ruang. Kau lihat kelam-nya kanvas itu. Begitu juga hati ini. Kau tanya kenapa? Tingkah durjana kau punca-nya. Lidah kau yang berbisa punca-nya. Semua-nya celaka tiada suka. Luka yang kau calarkan pada hati ini akan terpahat selamat-nya. Tak mungkin hilang. Pedih-nya mula terasa tika sendirian. Saat malam menjelma. Terduduk aku dikamar berbekal duka. Meratapi segala drama drama yang kau bina. Punah jiwa. Kau ratah segala rasa.
Langit tinggi
Setinggi angan atau mimpi
Ternyata lebih baik dari realiti
-QA-